Gaji Ahli Parlimen Naik 40%

Kenaikkan gaji diluluskan sebulan suara selepas mendapat sokongan padu Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang.

Gaji dan elaun untuk semua Ahli Parlimen dinaikkan kepada RM16,000 sebulan iaitu peningkatan yang mencecah 40 peratus.

Kenaikkan itu akan memberi tambahan kepada belanjawan negara sebanyak RM17.2 juta setahun.

Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 itu telah dilulukan di Parlimen pada Khamis.

Ia dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan diluluskan selepas mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang.

Melalu kadar baru itu, elaun Ahli Parlimen menerima kenaikan sebanyak RM5,000 kepada RM16,000 sebulan berbanding RM11,000 sebelum ini.

Ketika ini, Ahli PArlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan dan elaun bulanan RM5,000.

Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.

Menerusi pindaan yang dibuat, Ahli Dewan Negara menerima kenaikkan sebanyak RM4,000 menjadikannya RM11,000 .

Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara pula menerima kenaikkan sebanyak RM11,000 kepada RM31,000 (RM20,000) manakala timbalan masing-masing menerima kenaikan RM4,000 kepada RM20,000 (RM16,000).

Shahidan ketika membentangkan perkara itu berkata, pindaan itu berikutan faktor persekitaran dan komitmen Ahli Parlimen.

“Selain itu, tugas-tugas ahli Parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat dan ini akan menambahkan semangat kepada Yang Berhormat untuk bertugas lebih gigih dan dedikasi,” katanya.

Kenaikkan gaji dan elaun Ahli Parlimen itu telah diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2015 pada Oktober tahun lalu.

Kenaikkan gaji dan elaun sebelum ini pernah dicadangkan oleh kerajaan pada 2012 tetapi telah ditolak pembangkang.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/04/10/gaji-ahli-parlimen-naik-40/
Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Gaji Ahli Parlimen Naik 40%"

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By. Kunci Dunia
Back To Top