Kenapa Ramai Agen Tone Excel Gagal ?

Saya percaya ramai agen-agen Tone Excel sedang membaca artikel ini.Kalau anda dikalangan agen Tone Excel yang gagal, jom dengar cerita peribadi aku sendiri nih.
 

Salah Mindset

Pertama,
 
Ramai yang fikir, setelah membeli sim kad Tune Talk dan mendaftar sebagai agen Tone Excel dengan bayaran RM65.40 anda boleh:
  • buat duit dengan pendapatan pasif dua kali sebulan
  • duit masuk akaun hanya dengan handset ditangan
  • bebas kewangan dalam tempoh 3 tahun
  • ada simpanan untuk pergi haji
  • dapat naik kapal terbang free
  • zero (0) kos telekomunikasi keluarga
  • senyum lebar hingga ke telinga bila ditaja melancong ke luar negara
  • dan macam-macam lagi yang ada dalam fikiran
Ya...
 
Saya juga begitu dulu... berangan-angan atas sofa sambil tengok Astro.
 
Sambil hirup milo panas dalam mug, tangan sebelah kiri memegang smartphone android murah jenama Lenovo.  Dalam kepala, fikir bila smartphone ni nak bertuka jadi IPhone 6 Plus?
 
Akhirnya, setelah sebulan, dua bulan, tiga bulan dan hingga setahun duit habis untuk topup setiap bulan.Manusia yang mendaftarkan akaun Tone Excel dulu senang lenang masuk bonus setiap kali topup.Semua yang diangan-angankan tetap tinggal dalam benak fikiran sahaja.Kemudian, muncul pelbagai spekulasi dan fitnah.  Kerana yang diimpikan tidak menjadi realiti dalam kehidupan.
 

Tone Excel Penipu

Mulalah, kata Tone Excel penipu.
 
Janji kosong.
 
Dek kerna tidak puas hati, hampir setiap jalan yang dilalui menabur fitnah merata-rata sehingga ada yang terpijak percaya "Jangan masuk Tone Excel, nanti kena tipu"
Sedangkan....
 
Semua yang diatas betul.
 
Hakikatnya, diri sendiri yang menipu.  Menipu kepada niat sebenar kepada diri sendiri saat mula-mula mendaftar dulu.Bukannya, Tone Excel yang menipu.  Tetapi diri itu menipu diri sendiri.  Lepas tu, tipu pulak orang lain.
 
Buktinya, ramai yang dah berjaya.
 

Syarikat Tone Excel tetap berjalan seperti biasa.  Kaut keuntungan juta-juta dan share bonus kepada yang layak.
 

Kalau Tone Excel Bukan Penipu Kenapa GAGAL?

Persoalannya
 
Kenapa aku GAGAL?
 
Setelah lama termenung mengenangkan nasib, sambil-sambil mengkaji dengan sebenar-benar berfikir barulah aku faham.
 
Selama ini, aku salah Mind Set.
Salah fikiran.
Salah tanam dalam minda separa sedar.
Salah "niat"
 
 
Aku belajar dari kesilapan sendiri.
 
Jawapan kepada soalan "Kenapa Ramai Agen Tone Excel Gagal?" adalah kerana salah Mindset.
 
Semua kelebihan dan keistimewaan yang Tone Excel janjikan itu adalah buah atau hasilnya.  Salahnya aku adalah meletakkan niat dan matlamat untuk buah tersebut.
 
Sedangkan, aku tidak menanam benih dan menjaga pokok.  Setelah pokok yang ditanam tumbuh, dibaja dan dijaga rapi barulah ia mengeluarkan buah.  Dah keluar buah baru boleh menikmati kesedapannya.  Kualiti buah yang dihasilkan bergantung kepada cara penjagaan kita sendiri.
 
Soalan lagi...

Bagaimana nak menanam pokok Tone Excel?

Pokok sistem Tone Excel adalah "bisnes".
 
Tukar fikiran, daripada memikirkan soal buah kepada fikirkan pokoknya.
 
So, ubah mindset anda untuk jadikan Tone Excel ini adalah sebuah perniagaan.
 
Niatkan, Tone Excel adalah sebuah perniagaan untuk perniagaan.
 
 
Perniagaan apa?
 
"Business Get Busines"
Ya,
 
BGB - perniagaan yang menjual perniagaan.
 
Perniagaan yang menjual sistem untuk berniaga.
 
Setelah anda daftar, automatik anda adalah seorang peniaga atau usahwan. Peniaga atau usahawan yang produknya adalah juga sebuah perniagaan.
 
Niatkan dan tetapkan dalam hati bahawa:
 
"Aku berniaga Tone Excel ini untuk membantu orang lain juga mempunyai perniagaan seperti aku semata-mata kerana Allah"
 
Jangan kerana perkara-perkara lain yang aku sebut sebagai "Buah" atau "hasil".
 
Kerana, "buah" atau "hasil tersebut akan muncul dengan sendirinya nanti.  Bukankah, setiap sesuatu itu adalah kurniaan Allah.

Kelebihan Bisnes Tone Excel

Sebagai peniaga yang menjual perniagaan, lihat apa kelebihan yang ada pada perniagaan anda?
 
Kalau terus menerus pandang kepada kekurangan, sampai bila-bila pun tidak akan terlihat kebaikan yang diperolehi.
 
Perniagaan yang bermodalkan serendah RM65.40.
 
Bayangkan, nak cari mana bisnes yang modal permulaanya adalah RM65.40?
 
Setelah mendaftar anda dapat:
  • Nombor telefon baru atau pot-in yang khusus untuk perniagaan.
  • Produk "POWER" yang menjadi keperluan masyarakat sekarang.
  • Syarikat yang mempunyai "Sistem" yang mantap dan establish.
  • Semua orang tahu, bukannya produk baru nak "test market"
  • "repeat sales" - maksudnya orang topup setiap bulan.  Sama seperti perniagaan makanan yang orang akan makan setiap hari.
  • Mudah nak urus, tidak seperti menguruskan sebuah perniagaan restoran.
  • Kurang pesaing.  Untungnya bisnes Tone Excel ini di Malaysia kerana persaingan syarikat Telekomunikasi masih sedikit.  Hanya beberapa syarikat sahaja dibenarkan.
Ambil kelebihan tersebut dan ceritakan kepada prospek.
 
Sebab, rakyat bijak makin bertambah.  Apa lagi, rakyat yang bijak untuk berniaga dan tambah pendapatan pasif juga ramai sekarang.

Baja Pokok Kesuburan Tone Excel

Ok.
 
Kalau dah faham pokoknya, baja apakah yang sesuai untuk bisnes ini?
 
Dalam perniagaan Tone Excel, anda tidak boleh lari dari 2 perkara penting.  Ia menjadi kuci utama atau aku sebut sebagai baja kesuburan pokok Tone Excel.
 
Apa dia?
  • Promosi > Promosi > Promosi > dan Promosi lagi.
  • Networking.
Sebagai usahawan yang niagakan sebuah perniagaan, promosi sangat penting.
 
Bukannya, duduk goyang kaki tunggu orang datang jenguk macam jual barangan runcit di kampung-kampung.
 
Promosi dengan bersungguh-sungguh.
 
Bukan juga, spam iklan suruh orang masuk Tone Excel di group facebook tanpa strategi dan teknik yang sesuai.  Ia akan membuatkan orang ramai muak, meluat dan membenci diri anda sebagai usahawan.
 
But, promosi Tone Excel dengan bijak menggunakan strategi yang berkesan.
 
Hasil dari promosi yang baik, akan terbina networking atau jaringan perniagaan. Jaringan inilah yang akan menghasilkan jualan.  Dari jualan, kita akan menikmati buah.

Menguruskan Networking

logo3
Sebagai peniaga yang merangkap seorang pengurus dan juga pekerja adalah sukar untuk kita menguruskan networking dengan baik tanpa bantuan sistem.
 
Banyak sistem yang diwujudkan untuk perniagaan Tone Excel ini.
 
Jangan terkejut kerana ramai agen-agen Tone Excel belum tahu kewujudan sistem-sistem ini.  Oleh kerana sikap "rajin sangat" mencari, usahawan-usahawan Tone Excel ini tidak terjumpa.
 
Sistem tersebut bertujuan untuk membantu kita mencari prospek secara automatik.  Maksudnya, kita tidak perlu promosikan Tone Excel, tetapi hanya prosmosikan sistem itu sahaja dan sistem akan bantu kita menjual.
 
Ringkas.
 
Namun, bukan semua "referal system" yang dibina berkualiti.
 
Salah satu sistem yang baik bagi aku adalah GENGWOW.
 
Pernah dengar sebelum ini?
 
Ramai yang tak tahu bukan?
 
Sebab ia masih baru dan terkini.  Sistem ini memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada sistem terdahulu.
 
Nak cerita fungsinya, sangat panjang.  Boleh buat sebuah ebook.  InsyaAllah jika diizinkan, masa yang sesuai aku cerita dalam entry yang lain.
 
Permulaanya, korang explore sendiri dan nilaikan.
 
Pendaftaran untuk menggunakan sistem ini adalah PERCUMA setakat entry ini ditulis.
 
Kalau berbayar selepas ini tak tahulah.
Bestnya sistem GENGWOW ini mereka menyediakan panduan dan "Promotion Tools" yang akan membantu ahli-ahli membuat promosi.
Guru motivas kata,
"kegagalan sebenar seseorang kerana tidak BERTINDAK"
Malique Too Phat cakap dalam liriknya,
"gagal merancang, merancang untuk gagal" 
So, bertindak sekarang.  Klik link dibawah untuk bersama-sama kita berjaya dalam bisnes Tone Excel.
Rancanglah perniagaan anda.Klik Disini > RASAI KEHEBATAN TONE EXCEL DENGAN GENGWOW

Kredit : http://www.saljuhumairah.com/2015/10/kenapa-ramai-agen-tone-excel-gagal.html
Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Kenapa Ramai Agen Tone Excel Gagal ?"

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By. Kunci Dunia
Back To Top