Apa Itu Inflasi di Malaysia



Apa itu inflasi?

Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi. sumber


Apa faktor-faktor inflasi?

Inflasi Tarikan Permintaan

Berlaku apabila bekalan barangan dan perkhidmatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. lanya berpunca daripada pertambahan permintaan secara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih.

Inflasi Tolakan Kos

Berlaku apabila kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan.

Inflasi Bekalan Wang

Berlaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini biasanya berlaku bilamana kerajaan sesuatu negara mengeluarkan bekalan wangnya tanpa had dan tanpa pengawasan daripada bank pusatnya. Wang yang banyak dan berlegar di pasaran akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk memastikan peningkatan bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan dan perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa dan dikawal dengan baiknya oleh bank pusat.

Inflasi Pentadbiran Harga

Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoli) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran.

Inflasi Yang Diimport

Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkan inflasi. Apabila kos bahan mentah seperti petroleum, barang siap atau perkhidmatan yang diimport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan meningkat tanpa mudah disedari. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau tidak langsung melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memihak kepada negara pengeksport. Oleh yang demikian, bagi mengurangkan tekanan inflasi jenis ini adalah lebih baik negara berkenaan menggunakan sumber bahan mentahnya sendiri bagi mengekang inflasi jenis ini.

Jangkaan Pengguna
Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna. Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga. sumber

APAKAH ITU INFLASI 

Apa kesan inflasi?

Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan akan mengurangkan taraf hidup mereka. Agihan faktor-faktor pengeluaran juga tidak cekap dan akan merugikan ekonomi berkenaan.
Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka. Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu berkenaan. Pengurangan pendapatan benar akan berlaku dengan ketara kepada pekerja- pekerja yang berpendapatan tetap.
Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dieksport boleh kehilangan daya saing. Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan eksport akan menurun dan ini akan mengurangkan pelaburan dalam industri-industri berkenaan.
Contoh jelas kesan inflasi…
Dulu2 karipap satu biji seposen…pastu naik sikit, 1 biji 20sen. Sekarang dah jadi 3 seringgit…

Langkah membendung inflasi

Mengawal permintaan
 
Jumlah permintaan melebihi jumlah penawaran di pasaran menyebabkan harga meningkat. Oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan jumlah permintaan pada tahap yang munasabah.

Mengawal bekalan
Dilakukan dengan cara meningkatkan bekalan melalui peningkatan produktiviti, memperbaiki jaringan pengedaran, mengimport bahan mentah yang lebih murah dan mengurangkan pembaziran merupa-kan langkah berkesan untuk mengurangkan tekanan inflasi.

Polisi ekonomi makro
Tindakan kerajaan melalui pengurusan cukai, kewangan dan pentadbiran yang cekap untuk menentukan halatuju pembangunan negara.

Peranan pengguna menghadapi inflasi
  • Jangan beli semasa harga tinggi. Beli semasa ditawarkan harga rendah.
  • Elakkan pembaziran, berjimat dan membeli apabila perlu sahaja dan mengikut rancangan perbelanjaan dan kemampuan anda.
  • Cari kedai yang menawarkan harga yang berpatutan serta yang meletakkan tanda harga.
  • Dapatkan harga terbaik juga dengan cara tawar-menawar jika dapat dilakukan.
  • Pengguna perlu memainkan peranan sebagai pengeluar atau pemberi khidmat untuk meningkatkan produktiviti mereka.
  • Pengguna/pengeluar hendaklah beretika.
  • Memperbaiki yang lama lebih baik daripada membeli baru, jika ekonomik.
http://www.wanista.com/info-tentang-inflasi-apa-inflasi-faktor-dan-juga-kesan/
Share this article :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Apa Itu Inflasi di Malaysia"

PelangiQQasia
Mari Bergabung bersama kami di Pelangiqqasia,com
Situs Impian Para pecinta dan peminat Taruhan Online!!
Hanya Dengan 1 id bisa main 7 games bos!
BandarQ | BandarQ Online | BANDAR POKER | Agen BandarQ | Domino99 | Agen Domino | AduQ Online Terbaik
Keunggulan PELANGIQQ :
- PROSES DEPO & WD MUDAH TANPA RIBET
- PROSES DEPO & WD TERCEPAT
- KARTU-KARTU BERKUALITAS DISAJIKAN
- CS RAMAH & INSPIRATIF SIAP MEMBANTU 24JAM
- TIPS & TRIK MENJADI KEUNGGULAN SITUS INI
- DAN TENTUNYA DEPOSIT YG TERJANGKAU BOS!!(MINIMAL DEPO&WD 25RB)
Tunggu apalagi bos!! langsung daftarkan diri anda di PELANGIQQ
Bagaimana cara mendaftar? SIMPEL bos!!
cukup kunjungi kami PELANGIQQ
klik daftar dan daftarkan diri anda
atau bisa juga melalui live chat dan cs kami akan membantu anda 24jam bos!!
CONTACT US :
BBM : D1E0517C
Skype : PelangiQQ
FB : Pelangi QQ Asia

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By. Kunci Dunia
Back To Top