Vape Diharamkan, Rokok Juga Perlu Diharamkan Kata KJ



KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin menyelar tindakan Kementerian Kesihatan yang menyerbu kedai vape di seluruh negara baru-baru ini.

Tegasnya, biarpun telah dibincang di peringkat jemaah menteri, setiap tindakan harus mengambil kira pelbagai aspek dan tidak perlu terburu-buru.

"Ya, secara peribadi saya rasa tindakan serbu kedai vape adalah tindakan terburu-buru.

"Biarpun ia telah dibincang di peringkat jemaah menteri, kita perlu lihat pada usaha untuk kawal selia.

"Kalau nak buat rampasan pun, mestilah buat perbincangan dulu memandangkan kebanyakan peniaga sebelum ini tidak tahu tentang peraturan. Lagipun mereka dah buat pelaburan yang besar," katanya kepada media selepas menghadiri Kejohanan Debat Antara Universiti Peringkat Kebangsaan di sini pada Ahad.

Khairy turut menegaskan pihaknya bukan berniat mahu menggalakkan tabiat merokok atau vape, tetapi keputusan yang diambil harus realistik dengan keadaan semasa.

"Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya tak galakkan belia untuk merokok dan vape, malah sudah pasti ia bukanlah aspirasi belia.

"Biarpun difahamkan vape lebih rendah risikonya berbanding rokok, melihat dari sudut industri, kita tak boleh halang rakyat buat keputusan peribadi.

"Sebagai kerajaan, kita boleh adakan kempen menerangkan bahaya rokok dan vape, dan dari situ rakyat boleh buat keputusan sendiri," tambahnya.

Sebelum ini, Khairy menerusi tweetnya menyatakan jika vape diharamkan, rokok juga perlu diharamkan.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/merokok-dan-vape-bukan-aspirasi-anak-muda-khairy-80017
Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Vape Diharamkan, Rokok Juga Perlu Diharamkan Kata KJ"

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By. Kunci Dunia
Back To Top