RM15,000 SEBULAN DENGAN ROTI RM1


Ini kisah yg saya janjikan semalam,namanya abang man, berumur 47 tahun, sebelum ini dia mengusahakan bermacam bisnes, hingga pada suatu tahap dia penat kerana bekerja seorang diri kesana kesini walau menjana 5 angka sebulan.

Sekarang abg man hanya menjual roti di kawasan parking hospital sungai petani, setiap hari daripada pukul 2 petang hingga 7 petang lebih kurang. Saya agak tertarik dengan modus operandi yg dilakukan kerana sangat mudah, tengok orang lain beli sekali 4,5 biji seorang. Katanya roti dibeli di kilang pulau pinang, satu plastik besar beharga lebih kurang rm6 , dalam satu plastik ada 16 keping.

Abg Man jual sekeping RM1 , biasanya dalam sehari boleh jual dalam 400-500 keping sehari, lebih pun ada. Beliau sambung lagi dalam sebulan biasanya boleh dapat dalam RM12,000 paling kurang paling tinggi pernah dapat RM16,000 .Bila mendengar nya , sy terpana,roti , kaya, planta hanya itu sahaja barangnya. Dan dia seorang sahaja yg bekerja.

Beliau sambung lagi, orang kita nampak benda ni lekeh, terlalu fikirkan berapa boleh jual, laku ke tak, boleh buat ke tak. Akhirnya semua ke laut, tiada action, pandai cakap sahaja. Saya diam senyum kelat seolah terlekat lalat , kerana itulah sememangnya yg saya jumpa. Kita terlalu fikirkan apa yg akan terjadi, akhirnya kita tak buat buat apa yg kita boleh buat sebenarnya.

Sambungnya lagi, roti adalah makanan universal, semua orang makan, orang melayu, orang benggali , orang cina, awk pergi parking waktu orang cina buat event pun ramai org beli, awk pergi parking lori ni dekat rumah tok bmoh yg disegani dan ramai pesakit pun orang akan beli, tok bomoh itu sendiri yg akan beli, ujarnya tersengih bagai pendekar sakti.

Nah, apa yg kita boleh dapat dari sini ? Ilmu jalanan yg sangat berharga, kita sedang asyik dengan kerja di bawah penghawa dingin, menaip status-status fb yg langsung tak berguna, akhir bulan mencarut ,duit tak cukup sana sini, jumpa pakcik makcik meniaga tepi jalan kita sombong tak nak tegur pulak.

Sebagai tanda gembira dengan maklumat sy dapat, lantas dengan tanpa malu saya beli 2 keping roti dan terus mengunyah dan menarik perhatian orang ramai lalu lalang agar turut membeli roti abang man ini, kerana sedap.

Oh ya, ini adalah contoh perniagaan yg kosong, kosong yg bagaimana ?
Kosong dari jenama, 'branding' yg kukuh dan kotak packaging yg kita sentiasa terapkan dan poyokan kononnya ini wajib buat sebelum jual.

Memang wajib, tapi kalau satu pun kita tak jual sebelum apa yg wajib ni, tak guna jugak kan ? Itu yg kita kena ingat. Setiap produk dan servis perlu ada 'validation' jangan gelojoh mahu buat sesuatu berdasarkan apa yg anda lihat, tapi buat berdasarkan apa yg anda dah buat.

Itu sahaja perkongsian saya kali ini, jika ada lagi bisnes jalanan yg menarik saya 'interview' lagi.

Sebelum saya tutup majlis ini, mari kita fikirkan sekejap.

Cuba bayangkan jika kita buat sesuatu yg lebih menarik dan branding modus operandi ni, dan tambah lagi lori-lori di kawasan yg sewajarnya, berapa bnyak boleh kutip setiap hari ?

Kredit : https://www.facebook.com/hanifibnusina/posts/10206607377614940
Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "RM15,000 SEBULAN DENGAN ROTI RM1"

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By. Kunci Dunia
Back To Top