TIPS PENJAGAAN HANDPHONE 101
TIPS PENJAGAAN HANDPHONE 101
.
1. Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si HP pening & mual..
.
2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full) Hal ini akan membuat bateri anda bunting/ melembung.. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawab & sanggup menikahinya..
.
3. Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius dengannya. Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan..seperti anda juga..
.
4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit..
.
5. Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau & virus. Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu.. Begitu juga dengan HP anda..
.
6. Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin..
.
7. Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM5). Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya..
.
8. Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook).. Hal ini akan menjimatkan kredit HP anda..
.
9. Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau pasangan curang anda. Jika kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda (mungkin nyawa anda juga turut melayang).
.
10. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk / lembut. Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah hati/tulang belakang.
.
Sekian sahaja perkongsian tentang tips penjagaan handphone. Semoga terhibur..hehe.. Why so serious?
.
PS: Tips utk jana pendapatan sepanjang hayat melalui handphone ada di sini http://goo.gl/p82xet
0 Komentar untuk "TIPS PENJAGAAN HANDPHONE 101"