GENTING HIGHLANDS: Shaheizy Sam dinobatkan sebagai Bintang Paling
Popular ABPBH 2014, edisi ke-28 yang diadakan di Arena of Stars, Genting
Highlands malam ini.
Kemenangan itu melayakkan Shaheizy membawa pulang hadiah utama iaitu
kereta Toyota Camry bernilai RM175,000 tajaan UMW Toyota Motor Sdn Bhd
berserta trofi.
Ini adalah kemenangan ketiga Shaheizy Sam di pentas ABPBH.
"(Walaupun ini) kali ketiga menang, saya tetap berdebar. Ramai yang
nak saya sebut terima kasih tapi anda tahu siapa diri kalian yang saya
gelar The Magician," katanya.
Trofi Bintang Paling Popular ABPBH 2014 disampaikan Pengarang
Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa
Pengelola ABPBH 2014 merangkap Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree
Samshir pada majlis kemuncak yang bertemakan Cinta.
ABPBH 2014 dipancarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio, Hot FM.
Keputusan pemenang diperoleh berdasarkan undian keseluruhan
pencalonan akhir ABPBH 2014 membabitkan hampir 500,000 borang undian
yang diterima penganjur.
http://www.bharian.com.my/node/45646
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Popular Posts
-
Apa itu inflasi? Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sese...
-
Jam 11 malam, telefonku berdering. Saya terjaga dari tidur. Rupanya sahabat baik saya, Tuan Man (bukan nama sebenar) hubungi saya. “Fan, bol...
-
Siapa Nak Belajar Buat Duit Sendiri ? Boleh hubungi Penyelia Percetakan, Donavan Elliott memeriksa lembaran baru cetakan nota duit AS$1 di ...
-
TERUS terang kami katakan, sesetengah pengguna media sosial dewasa ini segelintirnya tidak mempunyai sikap yang matang dan mungkin ada ...
-
Welcome to Wordpress to Blogspot
-
Kepada ibu bapa yang tertunggu boleh semak keputusan UPSR 2015 secara Online dan SMS dengan cara berikut : Semak keputusan UPSR secara ...
-
Kisah ini sesuai di baca oleh pengguna handphone sahaja . Jika anda bukan seorang pengguna handphone , artikel ini sangat tidak sesuai untu...
-
Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjad...
-
Muar: "Kami sudah tiba di Muar dan selepas ini, kami akan berjalan ke di Batu Pahat, Johor Bahru, Mersing dan seterusnya ke pantai ...
-
PETALING JAYA – Syarikat telekomunikasi, MAXIS Bhd (MAXIS) dilapor kehilangan sejuta pelanggan sepanjang 12 bulan lalu manakala sepanjang...
Copyright © 2015 SabriAhmad.com - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
0 Komentar untuk "Shaheizy Sam, Bintang Paling Popular ABPBH 2014"