Pelajar Tingkatan 3 Di Tawar Projek RM133.14 Juta Oleh Google

KOTA KINABALU: Kejayaan seorang pelajar mencipta satu aplikasi berasaskan perkhidmatan mesej internet yang menyediakan kemudahan untuk menterjemah bahasa telah menarik perhatian syarikat besar dalam talian iaitu Google.

Yusrim Karim, 15, menghantar aplikasi yang diberi nama 'Coker Chat' kepada Google Idea pada akhir tahun lalu selepas lima bulan bertungkus-lumus menghasilkan aplikasi tersebut.

Dia menjelaskan seorang pegawai rasmi Google Idea telah menghubunginya menerusi e-mel beberapa minggu lalu dan menggambarkan perisian tersebut sangat menakjubkan malah menawarkan peluang bekerja untuk projek bernilai US$36 juta (RM133.14 juta) atau wang tunai US$50,000 (RM184,910).

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Merpati dari Sandakan itu bertindak untuk memilih wang tunai.

"Saya sangat gembira apabila Google Idea menerima cadangan perisian ini," katanya sambil memberitahu masa diambil berjam-jam untuk menghasilkan aplikasi tersebut selepas waktu sekolah dan ianya membuahkan hasil.

Yusrim turut berkata, aplikasinya itu mampu memudahkan sesiapa sahaja di serata dunia untuk berkomunikasi menggunakan bahasa tersendiri.

Syarikat Google Idea yang berpusat di New York sedia memahami cabaran global dan bertindak untuk menghasilkan jalan penyelesaian menerusi teknologi baharu itu.

Tiada sesiapa yang mengetahui mengenai anugerah dan pengiktirafan Google Idea yang diterima oleh Yusrim termasuk keluarganya sendiri sehinggalah dia bertindak untuk memberitahu guru Sainsnya, Azlan Budun pada minggu lepas.

Azlan bertanggungjawab mendidik dan mengajar Yusrim mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) tahun lepas dan menyatakan aplikasi 'Coker Chat' merupakan ideanya yang ke-14 dihantar ke Google Idea.

"Dia mempunyai pelbagai konsep kreatif dan ideanya yang ke-14 membuahkan hasil apabila menerima pengiktirafan Google Idea," katanya.
Dia turut berpendapat idea Yusrim tersebut memudahkan dan memberi manfaat kepada pengguna internet masa kini dalam perkhidmatan menterjemah bahasa khususnya semasa menjalankan perniagaan di negara luar.

Tambah lagi, Azlan menggambarkan Yusrim sebagai seorang pelajar yang cemerlang dan mempunyai masa depan cerah dalam bidang akademik dan juga aktiviti ko-kurikulum.
Yusrim merupakan anak bongsu daripada tiga beradik hasil perkahwinan bapanya yang bekerja sebagai pegawai Jabatan Perhutanan, Karim Maturis dan ibunya Hamidah Ismail.

Bapanya memberitahu, wang tunai yang diterima akan diperuntukkan untuk pengajian Yusrim pada masa akan datang.

Abang sulung Yusrim merupakan seorang pelajar matrikulasi di Labuan manakala seorang lagi abangnya baru sahaja tamat persekolahan.

Pengetua SMK Merpati berkata, pihaknya akan memainkan peranan dalam menggalakkan dan membangunkan bakat Yusrim dalam bidang teknologi komputer.

"Kami sangat berbesar hati sekiranya Yusrim menyertai Anugerah Inovasi Negara kerana anugerah ini akan menjadi penghormatan  kepada negara terutamanya Sabah," katanya.

 http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/02/yusrim-google/
Share this article :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Pelajar Tingkatan 3 Di Tawar Projek RM133.14 Juta Oleh Google "

Kota Kinabalu: Google Malaysia menafikan menganjurkan pertandingan mencipta perisian komputer yang konononya dimenangi seorang pelajar di Sandakan sehingga ditawarkan projek bernilai jutaan ringgit.

Ketua Jabatan Komunikasi dan Hal Ehwal Awam Google Malaysia, Zeffri Yusoff berkata, pihaknya tidak menganjurkan sebarang pertandingan seumpama itu dan percaya ia hanyalah guruan pelajar berkenaan kepada cikgu sempena April Fool.

"Kita tidak mahu panjangan cerita ini dan kami menjemput pelajar dan cikgu ini datang ke pejabat dan berikan hadiah April Fool," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Semalam, pelajar itu dalam satu sidang media di sekolahnya di bandar ini yang turut dihadiri pengetua serta beberapa guru, mendakwa perisian ciptaannya dinamakan 'Coker Chat' mendapat perhatian Google selepas menghantar ideanya pada Disember lalu menerusi iklan ditawar syarikat terbabit.

Pelajar itu mendakwa, dihubungi Google menerusi email yang memberitahu syarikat itu berminat dengan idea berkenaan sebelum wakil syarikat terbabit datang ke rumahnya pada awal tahun ini.

Pelajar itu turut mendakwa Google menawarkan tiga pilihan kepadanya sama ada membuka syarikat di bawah tajaan Google bagi membangunkan perisian itu dengan projek bernilai USD36 juta, bekerja di bawah Google dengan dana USD12 juta atau menjual ideanya kepada syarikat berkenaan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41038#sthash.YOFd62dH.dpuf

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By. Kunci Dunia
Back To Top