Pihak polis Thailand telah menahan 3 orang eksekutif UFUN Store Co. Ltd , kerana didakwa menjalankan operasi skim piramid yang melibatkan 14,700 orang di Thailand, Malaysia serta Indonesia dengan kerugian, dianggarkan bernilai 10 billion bath (~RM1 billion)
Pihak polis Thailand juga masih memburu tiga rakyat Malaysia yang dipercayai turut menjadi dalang terhadap skim tersebut. Tiga orang suspek tersebut ialah Tae Kim Leng, 40, pemegang saham dan pengarah; Lee Kuan Ming, 38, seorang pengarah; Wong Ching Hua, 42, pemegang saham dan pengarah
Rittidej Warong dari Si Sa Ket, 40, ditahan di kediamannya di daerah Khan Na Yao di Bangkok pagi ini. Beliau merupakan seorang peguam, dan pemegang 51% saham syarikat.
Rattavich Thiti-arunwat, 34, pula telah ditahan ketika berada di rumahnya di Chiang Mai. Polis turut merampas dua buah kereta mewah, sedozen bag berjenama serta lebih 40 buah jam tangan mewah di rumahnya di daerah Bang Kapi Bangkok. Rattavich, adalah ketua kumpulan paling atas di dalam perniagaan tersebut, beliau mendakwa perniagaannya adalah sah dan telah merancang untuk memperluaskannya ke luar negara.
Chaithorn Thonglorlert, 40, ditahan di kediamannya di Bang Na, wilayah Samut Prakan. Polis turut merampas slip pemindahan wang berjumlah ratusan ribu baht setiap satunya dan wang kertas ringgit di sana. Beliau adalah salah seorang pemegang saham syarikat.
Di dalam satu taklimat yang disampaikan oleh Ketua Polis, Somyot Poompanmoung di ibu pejabat syarikat tersebut di Bang Na selepas serbuan , beberapa orang telah memfailkan aduan terhadap syarikat tersebut melalui pusat bantuan kerajaan selepas mereka tidak menerima saham dan keuntungan mereka seperti yang dijanjikan sejak tahun 2014.
“Pihak kami telah meneliti perniagaan ini dan mendapati ia sebenarnya adalah satu skim piramid. Jadi, pihak kami telah membatalkan lesen korporat mereka pada 8 April lalu dan telah mendapatkan waran tangkap terhadap lapan pemegang saham dan pengarah syarikat tersebut, tiga daripada mereka adalah warganegara Thai,” kata Pol Gen Somyot.
UFun membuat wang dengan memujuk orang ramai untuk melabur dengan pihak mereka melalui laman web dan saluran dalam talian yang lain.
Ia menawarkan lima kedudukan pelaburan: satu-bintang ($ 500), dua bintang ($ 1,000), tiga bintang ($ 5,000), empat bintang ($ 10,000) dan lima bintang ($ 50,000). Selepas menjadi ahli, pelanggan akan mendapat mata untuk diskaun apabila membeli produk.
Ahli-ahli juga diminta untuk memujuk orang lain untuk menyertai pasukan mereka dengan membeli UToken, iaitu mata wang maya khas yang digunakan untuk membeli produk syarikat.
“Kami mendapati syarikat tersebut langsung tidak menyebut tentang produk ketika membuat jualan . Sebaliknya, ia menggesa pelanggan untuk mengembangkan pasukan masing-masing dengan menawarkan pulangan barangan bernilai tinggi seperti kereta atau bar emas. Dengan cara itu, wang keuntungan yang dijana adalah datang daripada ahli-ahli baru dan bukannya daripada menjual produk,” katanya lagi.
Kredit: http://www.wangcyber.com/program-skim-piramid-ufun-club-utoken-di-serbu-3-orang-ditahan/#ixzz3X35xfrTw
Home
»
Bisnes Online
»
Isu Semasa
»
Skim Menipu
»
Viral
»
Program Skim Piramid UFUN Club & UTOKEN Di Serbu, 3 Orang Ditahan!
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Popular Posts
-
Apa itu inflasi? Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sese...
-
Siapa Nak Belajar Buat Duit Sendiri ? Boleh hubungi Penyelia Percetakan, Donavan Elliott memeriksa lembaran baru cetakan nota duit AS$1 di ...
-
TERUS terang kami katakan, sesetengah pengguna media sosial dewasa ini segelintirnya tidak mempunyai sikap yang matang dan mungkin ada ...
-
Kepada ibu bapa yang tertunggu boleh semak keputusan UPSR 2015 secara Online dan SMS dengan cara berikut : Semak keputusan UPSR secara ...
-
Welcome to Wordpress to Blogspot
-
Kisah ini sesuai di baca oleh pengguna handphone sahaja . Jika anda bukan seorang pengguna handphone , artikel ini sangat tidak sesuai untu...
-
Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjad...
-
Muar: "Kami sudah tiba di Muar dan selepas ini, kami akan berjalan ke di Batu Pahat, Johor Bahru, Mersing dan seterusnya ke pantai ...
-
PETALING JAYA – Syarikat telekomunikasi, MAXIS Bhd (MAXIS) dilapor kehilangan sejuta pelanggan sepanjang 12 bulan lalu manakala sepanjang...
-
Kisah Hidproponik di Malaysia pada tahun 1998 <<<----Adakah ia membuka mata hati rakyat Malaysia khasnya.8 - 04 - 2015 adalah hari...
Copyright © 2015 SabriAhmad.com - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
0 Komentar untuk "Program Skim Piramid UFUN Club & UTOKEN Di Serbu, 3 Orang Ditahan! "