KISAH 1
Semasa peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, tidak ada seorang pun orang Cina dibunuh di Kelantan, bahkan tidak ada setitik pun darah Cina yang tumpah.
Sedangkan pada zaman itu orang Melayu Kelantan sangat terkenal sebagai orang gedebe, kaki gaduh dan kaki pukul, serta kuat pula asobiyyah kemelayuannya.
Pada masa
yang sama kaum Cina di Kelantan sangat minoriti, terdedah sepenuhnya
kepada buli dan penindasan sekiranya orang Melayu memang berhasrat untuk
melakukan sebegitu.
Kenapa orang Cina Kelantan tidak disakiti dalam tempoh menggila 13 Mei? Jawapannya kerana Menteri Besar kelantan masa itu iaitu Datuk Mohd Asri Muda telah mengeluarkan amaran keras supaya jangan sesiapa menyakiti orang Cina.
Kerajaan Pas Kelantan pada waktu itu mengingatkan rakyatnya bahawa Islam tidak mengajar permusuhan dan penindasan. Orang Cina di kelantan adalah saudara mara adik beradik kita semua, haram menyakiti mereka, mereka wajib dilindungi dan disayangi.
KISAH 2
Di Kota Bharu ada gereja bernama Our Lady of Fatima. Sebagaimana gereja-gereja lain, Church Lady Fatima tersebut juga mempamerkan lambang salib pada rumah ibadat mereka (tak kan nak letak lambang wau bulan pula).
Pada suatu hari, Menteri Besar kerajaan Pas Kelantan iaitu Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapati lambang salib tersebut telah hilang. Beliau sangat resah, lalu memanggil pegawai-pegawainya untuk menyiasat perkara tersebut.
Arahannya sangat jelas, siasat kenapa lambang salib di gereja tersebut ditanggalkan. Jika ada arahan oleh mana-mana pihak dalam kerajaan supaya menanggalkan lambang salib tersebut, arahkan supaya dipasangkan semula.
Islam tidak pernah mengajar diskriminasi kepada mana-mana anutan dan kepercayaan agama lain. Namun dalam masa yang sama, Islam menganjurkan dakwah supaya mereka melihat keindahan dan kesempurnaan Islam agar mereka tertarik dan jatuh hati kepada agama kita.
Setelah disiasat, didapati pihak pengurusan gereja tersebut menurunkan lambang salib tersebut untuk sementara, untuk kerja-kerja penambahbaikan bangunan gereja, bukan diarahkan oleh mana-mana agensi bawah kerajaan Kelantan.
Saya memperolehi cerita ni secara langsung daripada Anuar Tan, bekas exco kerajaan kelantan, dalam satu sesi pembentangan beliau. Katanya dia diarahkan oleh Nik Aziz untuk menyiasat perkara tersebut.
CERITA 3
Kelantan adalah negeri majoriti orang Melayu Islam, merangkumi 95% daripada penduduknya yang berjumlah lebih 1.3 juta. Dengan budaya Islamnya yang agak kuat, serta pondok-pondok pengajian Islam yang banyak, negeri ini digelar Serambi Mekah.
Orang Cina hanya 3.8%. Dengan campuran bangsa siam dan lain-lain, penduduk kelantan yang beragama Budha adalah sebanyak 4.4%.
Walaupun hanya 4.4% beragama Budha, namun di Kelantan ada hampir 30 buah rumah ibadat agama tersebut.
Kelantan juga mencatat sesuatu yang unik apabila ada tiga tokong Budha besar yang berada dalam pelbagai posisi; patung tidur di Wat Phothivihan, patung duduk di kampung Jubakar, Bunohan dan patung berdiri di Terbok.
Mohon sahabat saya Cikgu Lau Chin Chua betulkan maklumat ini jika saya tersilap.Walaupun ada tiga patung Budha, namun akidah orang Melayu Islam Kelantan tidak tergugat hanya kerana melihat patung-patung itu.
MONOLOG
Islam adalah agama rahmat, agama kasih sayang. Jangan Islam dilihat hodoh oleh orang lain hanya kerana kebebalan kita.
https://www.facebook.com/mohdyusri.ibrahim.961/posts/929626013766589?hc_location=ufi

0 Komentar untuk "Islam Tidak Mengajar Umatnya Menindas Penganut Kristian"