Punca Sebenar Tan Sri Muhyiddin Yassin di Gugurkan Sebagai Timbalan Perdana Menteri !


PUTRAJAYA, Selasa – Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam pengumuman Kabinet baharu yang mengejutkan negara oleh Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya sebentar tadi.

Dalam pengumuman itu, Perdana Menteri berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan Muhyiddin berkuat kuasa esok, 29 Julai.

Selain Muhyiddin, empat Menteri, termasuk Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan seorang Timbalan Menteri digugurkan dari Kabinet.


Mengulas faktor pengguguran Muhyiddin, Najib dalam ucapannya berkata sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka.

“Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu,” katanya.

Ia dipercayai merujuk kepada beberapa kritikan terbuka Muhyiddin terhadap beliau, khususnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berikut adalah senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuat kuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Mohd Najib Razak
Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Leow Tiong Lai
Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam
Menteri di Pejabat Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Dauglas Uggah Embas

Pelantikan baru membabitkan:

Menteri Kabinet
Datuk Wilfred Madius Tangau
Datuk Hamzah Zainudin
Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Datuk Seri Azalina Othman
Datuk Seri Ong Ka Chuan
Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak

Timbalan Menteri
Datuk Mohd Johari Baharum
Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Chong Sin Woon
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Datuk Ahmad Jazlan Yaakob
Masir anak Kujat
Datuk Johari Abdul Ghani.

 http://www.ismaweb.net/2015/07/kemas-kini-muhyiddin-gugur-ahmad-zahid-tpm-baharu/
Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Punca Sebenar Tan Sri Muhyiddin Yassin di Gugurkan Sebagai Timbalan Perdana Menteri !"

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By. Kunci Dunia
Back To Top