10 Tip Kejayaan Bekerja dari Rumah Buat SuriRumah
Saya ada seorang sahaja isteri, namanya Zawiyah Saimin. Dia pelajar pandai, dapat first class masa degree dulu. Dia seorang ustazah. Dia nak jadi cikgu.
Tak ada rezeki, walaupun ada degree dan diploma pendidikan balik dari UK dulu masa nak posting kami ke putrajaya. Orang putrajaya minta sijil ori untuk diploma dan degree, masa tu hilang tersalah letak.
Kena pergi UKM minta sijil, rupanya kena tunggu musyuarat senat untuk diluluskan. Tunggu punya tunggu bersalin lah pula anak ke 5. Akhirnya, sampai sekarang awin tak kerja. Jadi bos untuk diri sendiri dan jadi bos unyuk orang lain.
====================
Kerja sendiri dari rumah
====================
Zaman sekarang ni manalah cukup kalau kerja seorang diri. Semuanya barang naik. Manalah nak bayar hutang, mana nak beli keperluan. Semua hanya cukup makan. Belum hujung bulan dah tunggu gaji bulan depan.
Sedangkan anak ramai, orang kata kena jaga anak, ada orang kata kejarlah kerjaya. Orang perempuan manalah kuat sangat nak kerja 8 jam sehari kat luar, mana nak urus makan pakai anak dirumah.
30% ibu-ibu di US sudah mula berkerja dari rumah. Ada yang berkerja dengan syarikat dan ada yang kerja sendiri dari rumah. Di Malaysia perkara ini belum lagi diperkenalkan.
Kalau nak datang pejabat tu mesti jam 8, lambat 5 minit pun kena potong gaji. Sepatutnya masyarakat kita dah boleh fikir kearah tu, berkerja dari rumah.
Kalau ditanya
" siapa nak kerja kat rumah tapi gaji sama ? ". Semua akan angkat tangan, kalau boleh angkat kaki pun...mereka nak angkat.
============
Banyak alasan
============
Kononnya kalau kerja kat rumah, tak produktif. Nak berniaga apa dari rumah, " saya duduk kampung ". Semuanya alasan...yang tiada kesudahannya.
STOP.
Isteri saya duduk dikampung, kampung betul ni. Tapi dia boleh kerja dsri rumah dan jana pendapatan dia sendiri. Kerjanya lebih produktif dari biasa. Gajinya 3 kali ganda kalau dia jadi cikgu DG44 sekarang.
Saya berikan TIP macam mana nak kerja dari rumah, nak buat duit dari rumah.
.
.
.
Panjang kan saya tulis...tapi rugi tak baca sampai HABIS.
============================
10 Tip Kejayaan Bekerja dari Rumah
============================
1. Menyediakan tempat kerja khas yang selesa
Perkara ini penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada printer dan beberapa keperluan asas. tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika anda selesa.
Pastikanlah tempat yang anda sediakan tu mempunyai maje yang selesa untuk anda mulakan kerja. Tempatkan semua benda yang berkaitan kerja je. Kalau boleh buatlah dalam bilik khas yang kurang gangguan bising. INGAT..anda perlu bekerja walaupun di rumah bukan berbaring dan menharapkan duit masuk.
.
.
2. Bekerja mengikut waktu.
Jangan anda rasa anda bekerja kat rumah dan anda boleh sesuka hati bila nak mulakan kerja. kalau boleh buatlah macam pergi kerja biasa tu. masuk waktu kerja. Masuk jam 9 dan keluar jam 5. Ingat anda perlu bekerja, walaupun di rumah. Kalau boleh hantarlah anak-anak ke rumah pengasuh, disiplinlah diri, jangan asik nak ke pasar je. mana kerja nak menjadi dan nak siap.
.
.
3. Hubungan dengan kerja secara berterusan
Anda cuma bekerja dari rumah, jadi pastikan anda membuka email anda secara berkala. Jaga hubungan dengan pelanggan atau bos anda.
.
.
4. Ambil masa rehat
Untuk anda memastikan momentum yang berterusan anda perlu mengambil waktu rehat. contohnya ambil lah waktu makan tengah hari setiap hari. Bila anda mengambil masa rehat yang teratur kualiti kerja yang anda hasilkan pasti lebih hebat.
.
.
5. Jangan dibersihkan.
Itu sebabnya saya minta anda menyediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk anda buat kerja. kadang-kadang anda tak lah perlu bersihkan setiap hari, anda perlukan mod untuk bekerja. biarkan bersepah...
.
.
6. Disiplin
Kalau nak buat perjumpaan , cuba buat waktu rehat atau makan tengah hari. jangan asik nak jumpa orang tak ikut waktu. Anda perlu bekerja kuat ya.
.
.
7. Tinggalkan rumah sehari dalam seminggu
tip ni memang pelik sikit, dah setiap hari anda duduk rumah, tidur pun kat rumah, makan pun kat rumah, kerja pun kat rumah. jadi tentu anda akan BOSAN. saya syorkan untuk anda pilih lah satu hari dalam seminggu untuk keluar dari rumah. Anda akan rasakan kelainannya.
.
.
===================
8. Buat kerja secara rutin
===================
1. Bangan tidur,
2. ersihkan diri, mandi dan bersiap. jangan tak gosok gigi terus buat kerja.
3. Buat sarapan
4. Masuk tempat kerja
5. Buat panggilan pelanggan
6. Tengah hari pergi makan tengah hari dan jumpa kekawan
7. Balik jam 2 buat kerja balik
8. jam 5 berhenti kerja dan siapkan kerja jangan bertangguh
9. list kerja apa nak dibuat esoknya
10. ulang langkah pertama.
.
.
9. Buat kerja anda.
Jangan pula , metang-metang anda kerja dari rumah anda volunteer buat kerja yang tak perlu anda buat sebagai contoh anda terima anak jiran untuk letak rumah anda. ini betul...kerja-kerja yang selalu orang lain buat jangan pulak anda yang buat. faham kan yang ni.
.
.
10.Stay professional
Walaupun anda kerja dari rumah ..ingat anda perlu bertanggungjawab seperti anda bekerja di office.
Sebenarnya banyak lagi nak tulis dan nak beri tip nya. saya selalu ingat mak pesan " beri pada mereka yang meminta dan memerlukan dan jangan minta pada mereka yang tak mahu memberi ". sebab tu saya minta banyak like.
share lah secara percuma supaya ramai orang boleh dapat manfaatnya. tiru dan copy lah sesuka hati yang boleh sebab saya tahu mudah-mudahan ianya menjadi saham bagi saya.
saya tahu ...buat baik bukan tentu dapat pahala. tapi mak pesan " bersabar dan teruskan ".
Kredit : https://www.facebook.com/Coach.bahar
0 Komentar untuk "10 Tip Kejayaan Bekerja dari Rumah Buat SuriRumah"