Daripada Jurutera Kini Penanam Cili

Dulunya, anak jati dari Rantau, Negeri Sembilan ini, K Kuichalan, 45, jurutera di sebuah kilang elektronik.
Dia juga tidak pernah mengetahui selok-belok berkaitan aktiviti pertanian.


Segalanya berubah selepas Kuichalan mengambil skim pemberhentian sukarela (VSS) di kilangnya pada 2012.

Dia memilih bidang pertanian kerana mampu memberikan pulangan lumayan berbanding makan gaji.
Anak jati dari Ulu Kanchong, Rantau ini berkata, dia tidak menyangka projek perintis fertigasi tanaman cili diwujudkan Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM) memberi pulangan lebih RM10,000 sebulan.

“Sejak mengambil VSS pada 2012, saya hanya duduk di rumah selepas permohonan kerja tidak dilayan kerana faktor usia.

“Justeru, saya bekerja sambilan di sekitar Seremban selain terbabit dalam jualan atas talian,” katanya.
Pada Julai tahun lalu, NAAM mengumumkan pencarian lapan peserta projek tanaman cili dan dia memohon dan tidak sangka terpilih antara peserta projek.

“Saya hanya mengusahakan projek ini di tanah berkeluasan 0.4 hektar di Kampung Ribu, Rantau, Seremban.

“Selepas tiga bulan melakukan semaian dan penanaman, 3,000 kilogram (kg) cili berbuah,” katanya.
Katanya, projek yang dijalankan itu dilakukan di tanah yang disewa dengan harga RM200 sebulan.
Bapa kepada tiga anak itu berkata, semua 3,000kg cili itu diambil secara borong oleh FAMA Negeri Sembilan.

“Satu kg cili dijual dengan harga RM5 dan saya meraih pendapatan RM15,000.

“Pendapatan ini jauh lebih tinggi berbanding gaji jurutera sedangkan proses menyemai hanya sebulan dan dua bulan lagi tempoh menunggu,” katanya.

Menurutnya, pendapatan itu dua kali ganda berbanding pendapatannya sepanjang 15 tahun bergelar jurutera.
Dia juga gembira apabila proses memungut hasil cili dibuatnya awal Januari lalu dihadiri Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk M Saravanan.

 http://www.hmetro.com.my/node/43714
Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Daripada Jurutera Kini Penanam Cili"

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By. Kunci Dunia
Back To Top