Kalau Allah murka, Allah boleh mencipta pelbagai jenis musibah untuk memberi peringatan atas kealpaan kita, walaupun negara kita aman dan nampak macam tiada bala bencana seperti puting beliung, gunung berapi dan lain-lain lagi.
Kenaikkan harga tidak kira harga minyak mahupun harga bagi barang-barang keperluan yang lain juga adalah suatu musibah yang sangat dahsyat dikala keegoan manusia menerpa.
Apabila Allah datangkan suatu musibah, maka orang yang baik, soleh, dan solehah pun akan terkena tempiasnya. Semua orang akan merasa musibah tersebut kecuali mereka yang Allah lindungi kerana ada amalan yang Allah suka.
Mungkin kita tidak sedar bahawa kita telah banyak melakukan pembaziran dalam perbuatan kita seharian seperti air, makanan, elektrik dan lain-lain perbuatan lagi.
Yang paling dahsyat ialah apabila kita membuang rezeki ke dalam tong sampah. Lebih-lebih lagi butiran nasi. Nasi atau rezeki adalah perkara yang mulia. Perkara mulia yang tidak boleh diletakkan pada tempat yang hina seperti di dalam tong sampah.
Apabila kita menghina butiran nasi dan rezeki yang kita perolehi, maka setiap butiran itu akan berdoa kepada Allah. Oleh itu, Àllah akan membuat keputusan-Nya untuk menghina pada kita balik.
Sila habiskan butiran nasi dan makanan, sekiranya tidak habis dimakan, maka jangan sesekali buang ke dalam tong sampah. Sebaik-baiknya, berilah kepada binatang-binatang lain seperti kucing, ayam, itik, burung dan ikan. Kalau tidak jumpa binatang-binatang tersebut, maka boleh juga diletakkan berhampiran pada pokok-pokok di sekeliling tempat tinggal anda untuk dijadikan makanan semut, cacing dan pokok-pokok yang ada di situ (baja organik).
Sambil-sambil itu ucapkanlah istighfar dan bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki lebihan yang anda perolehi pada hari ini serta berdoalah supaya orang-orang yang tidak senasib dengan anda seperti di Syria dan di mana-mana negara yang penduduknya tidak cukup makan dalam sehari ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang akan memperolehi rezeki yang cukup untuk keperluan harian mereka. Amin
http://www.lloveislam.com/2015/03/25/peringatan-kepada-yang-suka-buang-nasi/
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Popular Posts
-
Apa itu inflasi? Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sese...
-
Jam 11 malam, telefonku berdering. Saya terjaga dari tidur. Rupanya sahabat baik saya, Tuan Man (bukan nama sebenar) hubungi saya. “Fan, bol...
-
Siapa Nak Belajar Buat Duit Sendiri ? Boleh hubungi Penyelia Percetakan, Donavan Elliott memeriksa lembaran baru cetakan nota duit AS$1 di ...
-
TERUS terang kami katakan, sesetengah pengguna media sosial dewasa ini segelintirnya tidak mempunyai sikap yang matang dan mungkin ada ...
-
Welcome to Wordpress to Blogspot
-
Kepada ibu bapa yang tertunggu boleh semak keputusan UPSR 2015 secara Online dan SMS dengan cara berikut : Semak keputusan UPSR secara ...
-
Kisah ini sesuai di baca oleh pengguna handphone sahaja . Jika anda bukan seorang pengguna handphone , artikel ini sangat tidak sesuai untu...
-
Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjad...
-
Muar: "Kami sudah tiba di Muar dan selepas ini, kami akan berjalan ke di Batu Pahat, Johor Bahru, Mersing dan seterusnya ke pantai ...
-
PETALING JAYA – Syarikat telekomunikasi, MAXIS Bhd (MAXIS) dilapor kehilangan sejuta pelanggan sepanjang 12 bulan lalu manakala sepanjang...
Copyright © 2015 SabriAhmad.com - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
0 Komentar untuk "PERINGATAN KEPADA YANG SUKA BUANG NASI DALAM TONG SAMPAH"