PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini melancarkan aplikasi telefon mudah alih
'MyKira GST' yang membolehkan pengguna membuat semakan segera impak
cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap harga lebih 10,000
barangan.
Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata aplikasi yang dibangunkan
KPDNKK dengan kerjasama MIMOS Bhd itu juga membolehkan pengguna yang
tidak berpuas hati membuat aduan terus melalui saluran e-aduan yang
disediakan.
"Dalam tiga langkah (melalui MyKira GST), pengguna boleh menyemak harga barangan dalam julat.
"Semua e-aduan melalui aplikasi ini akan diambil tindakan segera dengan
dihantar terus ke pasukan penguatkuasaan," katanya kepada pemberita
selepas melancarkan aplikasi itu dan Pusat Gerakan AntiPencatutan (PGAP)
di Ibu Pejabat KPDNKK di sini hari ini.
Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma daripada Google Play
Store mulai sekarang manakala bagi Apps Store pula pada minggu pertama
April.
Hasan dalam pada itu berkata PGAP mula beroperasi hari ini untuk
mengambil tindakan serta-merta terhadap pihak yang didapati melakukan
kesalahan khususnya di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011
(Pindaan 2014).
Katanya PGAP akan beroperasi 24 jam dan dikendalikan 40 petugas secara
bergilir-gilir termasuk untuk menerima aduan melalui telefon, saluran
e-aduan dan juga media sosial.
Pengguna boleh membuat aduan melalui hotline 1-800-886-800 atau
03-8882-6245 dan 03-8882-6088 dengan memberi maklumat yang spesifik agar
pemeriksaan dibuat segera dan tindakan diambil, katanya.
Setiap aduan yang diterima akan direkod dan disalurkan kepada KPDNKK
negeri dan penguat kuasa di peringkat akar umbi untuk diambil tindakan,
katanya.
"Ada aduan boleh diambil tindakan serta merta seperti timbang berat dan
tanda harga tetapi untuk aduan pencatutan ambil masa kerana perlu
lakukan siasatan," katanya.
Hasan berkata, lima mahkamah jenayah khas di lima zon - utara, selatan,
timur, tengah, Sabah dan Sarawak - bagi mengendalikan kes di bawah Akta
Kawalan Harga dan Antipencatutan akan mula beroperasi Rabu ini.
Pendakwaan kes akan dilakukan Jabatan Peguam Negara manakala pegawai
penguat kuasa KPDNKK akan membekalkan maklumat berkaitan kes, katanya.
Sementara itu, Hasan berkata KPDNKK dan Kastam Diraja Malaysia akan
melancarkan operasi bersama di seluruh negara pada 2 April. - Bernama
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Popular Posts
-
Apa itu inflasi? Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sese...
-
Jam 11 malam, telefonku berdering. Saya terjaga dari tidur. Rupanya sahabat baik saya, Tuan Man (bukan nama sebenar) hubungi saya. “Fan, bol...
-
Siapa Nak Belajar Buat Duit Sendiri ? Boleh hubungi Penyelia Percetakan, Donavan Elliott memeriksa lembaran baru cetakan nota duit AS$1 di ...
-
TERUS terang kami katakan, sesetengah pengguna media sosial dewasa ini segelintirnya tidak mempunyai sikap yang matang dan mungkin ada ...
-
Welcome to Wordpress to Blogspot
-
Kepada ibu bapa yang tertunggu boleh semak keputusan UPSR 2015 secara Online dan SMS dengan cara berikut : Semak keputusan UPSR secara ...
-
Kisah ini sesuai di baca oleh pengguna handphone sahaja . Jika anda bukan seorang pengguna handphone , artikel ini sangat tidak sesuai untu...
-
Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjad...
-
Muar: "Kami sudah tiba di Muar dan selepas ini, kami akan berjalan ke di Batu Pahat, Johor Bahru, Mersing dan seterusnya ke pantai ...
-
PETALING JAYA – Syarikat telekomunikasi, MAXIS Bhd (MAXIS) dilapor kehilangan sejuta pelanggan sepanjang 12 bulan lalu manakala sepanjang...
Copyright © 2015 SabriAhmad.com - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
0 Komentar untuk "Jom Kira - Aplikasi 'Mykira GST' Semak Harga Barangan"